Tuesday, July 31, 2012

Aku Sakit Tekak...Huarghh

Bismillah...


Hai dah lama tak menaip ni. Dugaan dibulan puasa, aku sakit tekak. Nak makan, minum sakit ja rasa, sampaikan nak telan air liur pon perit, cakap lagi lerr. Badan pulak lemah macam nak demam, tapi aku p jugak kerja. Duk rumah pon bukan buat apa. Oh puasa, kenapa dugaan mai bila puasa ni.Macam mana pon aku dah nekad nak habiskan puasa hari ni, sayang tau. Dah setengah hari dah ni, tahan je lah. Masa aku duk search2 che googlE tadi aku dapat petua hilangkan sakit tekak,senang je baca tapi nak lalui tu adoiii..perit2. Makan ais krim vanilla, woOw menarik. Benda dah lama tapi aku baru nak guna petua ni, ketinggalan betoi aku ni. Buka posa ni benda pertama aku nak makan, kurma..lepas tu aku nak hadap ais krim vanilla. Uih xsabaq pulak nak makan ais krim.. Tapi sekarang ni tahan je lah sakit tu..Harap2 esok dah ok sikit. Amin..

Tuesday, July 24, 2012

Aku Memang Tak Puas Hati

Bismillah..

Sekadar Luahan, aku dah tak boleh simpan hal ni sorang2.. Macam berat ja apa yang aku tanggung ni. 
Aku sedaq sapa aku, aku hanya menumpang dirumah orang walaupon dia mak sedara aku sendiri. Tapi jangan la terlampau mengongkong aku, bukan si mak tapi si anak dara dia. Sampaikan aku nak keluar dengan kawan-kawan sekolah pon dia soal macam polis..nak p mana, makan kat mana, dengan sapa..heii sapa dia tu? Tak kan semua kawan-kawan aku, dia nak kenai. Alasan dia bagi, senang jadi pa2 kat aku, dia tau mana nak cari orang tu. Cuba dia pikir, ada ke aku tanya dia cam tu bila dia nak keluar. Dia pon xpenah bagi tau dia p mana dengan jantan mana. Lepas tu, bab aku nak bercouple ni, sampai la aku solo sebab pompuan tu lah. Dia soal habih laki yang aku nak kawan, alih2 dia sapu kat dia. Cam tu ka dia nak jaga aku... Bila aku duk bergayut dengan member pon dia pertikai, tuduh macam2. Ya Allah, sabar ja rasa. Barang yang aku beli pulak bila shoping tak boleh lebih dari dia, aku ingat lagi baru-baru ni. Hal bedak je pon, mula-mula bukan main kutuk lagi aku beli. Alih-Alih dia yang kalut ajak aku beli bedak tu..Baju pon sama, sindir bila aku beli baju baru. Duit aku, suka hati aku la... ada aku kacau duit dia selama ni. Dia yang duk rembat duit aku ada la..Bila la dia nak insaf, dari tipu sana sini.. Aku pon bukan bagus sangat tapi sekurang2nya aku tau lagi ayat "tak menyusahkan orang", "jangan jaga tepi kain orang", " jangan sesekali mintak, usaha dulu".. Sabaq jelah bulan posa ni.. Sudah2la duk buat macam tu. Aku dah penat dengan semua ni.. Redho ja pa dia buat. Allah bersama orang teraniaya. Insyaallah satu hari nanti aku harap dia insaf dari semua yang dia buat bukan saja pada aku tapi pada orang lain sama. Amin...

Friday, July 20, 2012

Ramadhan Dan Aku T_____T


Semua duk ucap salam ramadhan.. che kembang pon sama nak ucapkan salam ramadhan untuk semua blogger2 yang melawat blog che kembang..Esok puasa yeaa2...tapi macam tahun-tahun lepas berpuasa tanpa orang tersayang disis. Ya Allah, tabahkan hatiku. Jeles bila esok semua umat islam berbuka dengan family masing-masing. Aku hanya mampu mendoakan kesejahteraan ibu ayah disana.. Alamak sedey pulak che kembang rasa..huhu.. Orang kata bila bulan puasa orang yang meninggal akan balik untuk lihat anak-anak depa mendoakan dan bersedekah untuk mereka atau tak. Che kembang nak sangat penuhkan bakul mak ayah dengan keikhlasan dan amalan che kembang. Insyaallah...Amin.

Wednesday, July 18, 2012

Wordless Wednesday

Bismillah..

haii rindu ampa semua...sejak2 pakat tukaq status ni semua bz dh.. hope bleh reunion lagi skali lepas ni.

Team Building GPMS Negeri Pulau Pinang

Bismillah...

Hari sabtu lepas, aku telah mengikuti program GPMS Negeri Pulau Pinang ke Hydro Hotel,Penang selama 2h1m.. Tersangat-sangat la best dan meriahnya..Disamping tu kami sempat mengadakan majlis untuk mantan GPMS Negeri Pulau Pinang iaitu kak Nurrulhuda Ghazali. Walaupon majlis diadakan sederhana tapi cukup bermakna untuk beliau..


Sedikit taklimat sebelum Xtiviti bermula


Acara sukan pantai


Bersama tetamu VIP 
sedikit slideshow untuk mantan GPMS Pulau Pinang



hadiah dari kami untuk kak nurrul
che kembang with kak wanie

Perbincangan mengenai next program





gambar kenangan sebahagian team GPMS Negeri Pulau Pinang



Wednesday, July 11, 2012

Wordless Wednesday



senyum sokmo

Aku Suka Dia

Bismillah..


Hai dah macam lagu ainan tasneem dah tajuk entri aku ni. Adakah dia Mr.Right aku? masih menjadi tanda tanya. Selama ni borak macam biasa, tapi sejak akhir2 ni satu ayat pon kami xleh ungkap bila jumpa. Pipi aku rasa merah macam pakai blusher walaupon aku xpenah pakai benda alah tu. Maluu la sangat.. Orang kata malu tapi mau.Bila keluar ramai2 dapat tengok pon jadilah..sama2 jeling U..Apa tandanya?? Sekarang dia dah balik KL, rasa rindu pulak nak tunggu dia balik sini. Ish, aku ni dah macam angau teruk je. Macam bertepuk sebelah tangan pulak, tapi yang pasti aku dah suka dia. Suka ye bukan cinta..Sabaqlah Che Kembang ooiii, don't be so kalut. Kalau dia jodoh yang ditetapkan Allah s.w.t..Insyaallah pasti jadi. Amin.. 

mood: angau tahap gaban (-,-) 

Tuesday, July 10, 2012

I Won't Give Up

Bismillah..


Halwa telinga petang2 sambil tunggu masa nak balik keja..bestnyaa =) jatuh cinta aku dengar lagu ni. 

Mutiara Kata 3

Bismillah...


Aku tidak mengamati semua sahabat, dan tidak menemui sahabat yang lebih baik dari menjaga lidah.
Aku memikirkan tentang semua pakaian, tetapi tidak menemui pakaian yang lebih baik daripada takwa.
Aku mencari segala bentuk rezeki, tapi tidak menemui rezeki yang lebih baik daripada sabar.
Aku merenungkan tentang segala jenis amal baik, namun tidak mendapatkan yang lebih baik daripada memberi nasihat baik.

-Khalifah 'Umar Al-Khattab

Friday, July 6, 2012

Mutiara Kata 2

Bismillah..






Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:

" Berbahagialah hidup di dunia bagi orang yang mengumpul kebajikan untuk bekalan hari akhirat, sehingga dia memperoleh redha Tuhannya. Dan celakalah hidup di dunia bagi orang yang dipengaruhi oleh dunia, hingga dia terhalang daripada(mengerjakan) amalan untuk akhiratnya, dan lalai untuk memperoleh reda Tuhannya".

Hadis riwayat al-Hakim

Thursday, July 5, 2012

Jom P Jalan-Jalan

Bismillah..


 Tuuuu dia punya besaq.. hari jalan2 sedunia bagi aku dari blog ke blog.. So U, guys n gurls tunggu cek nk p tqejah...

Empat Tips Sabar

Bismillah..




Islam menggalakkan umatnya sentiasa bersabar kerana sabar adalah kunci untuk kejayaan. Dengan bersabar, apa jua cabaran yang mendatang akan dapat diatasi. Ada empat amalan sabar daripada Rasulullah S.A.W yang dapat dijadikan contoh dan ikutan untuk kita.

  1. Sabar menanggung ujian. Terdapat pelbagai ujian yang silih berganti menimpa orang mukmin. Jika mukmin itu bersabar menghadapi musibah dan tawakal, pasti Allah akan membuka jalannya. Orang yang sabar mengharungi ujian akan memperoleh pahala yang besar.
  2. Sabar dalam melaksanakan kewajipan. Antaranya solat lima waktu, membayar zakat, berpuasa dan sebagainya. Bagi mukmin yang sabar, betapa berat pon kewajipan itu, ia tetap dilaksanakan dengan hati yang ikhlas untuk mendapat keredhaan Allah s.w.t.
  3. Sabar menahan kezaliman orang terhadap diri. Terdapat banyak kezaliman yang dikenakan ke atas orang-orang mukmin yang ingin menegakkan keadilan dan kebenaran.  Tetapi bagi mukmin yang sabar ketika menangani kezaliman tersebut, pasti dia akan termasuk dikalangan orang-orang yang dicintai oleh Allah.
  4. Sabar menanggung kemiskinan dan kepapaan. Orang yang tidak sanggup menahan sabar boleh menjurus kepada mengambil jalan mudah seperti merompak, mencuri, memeras ugut, menipu dan sebagainya. Sebaliknya, mukmin yang sabar manghadapi kemiskinan dangan cara qanaah (cukup) dangan pemberian daripada Allah akan sentiasa dilimpahi keredaan dari-Nya.

Mutiara Kata

Bismillah..



Nafsu mengatakan perempuan itu cantik atas dasar rupanya.
Akal mengatakan perempuan itu cantik atas dasar ilmu dan kepintarannya.
Dan hati mengatakan perempuan itu cantik atas dasar akhlaknya.

Wednesday, July 4, 2012

BloG BarU SaYa

Bismillah..



Hari ni, 04/07/2012 jam5.35ptg adalah hari first aku tulis blog baru.. dulu penah aku buat blog, tapi sekerat jalan. Sebab aku xdak idea nak tulis..So harap dengan adanya blog baru ni, banyak info dan cerita aku dapat tulis dalam ni.. Insyaallah..