Friday, August 16, 2013

Potluck Time

Barakallah..

Potluck time memang happening sampai penin kepala.. Riuh rendah 1kedai nih..
Makan sampai buncit :) 


kenyang uollSs


habih makan xtiviti rutin snap pc plak :)

##wait 4 next potluck tp xtau kat mna##

Tuesday, March 12, 2013

D'KinG, Mee UdanG SemPoi

Assalamualaikum semua...

Haqi ahad lepas aku bawak my anak sedara yang hot sorang ni pi soping-soping, nak kata beli banyak tu tak ler.. Ala kadar je (buget), maklom lah aku sekarang ni kat petani berjaya duk menanam anggur ja kat rumah. Dalam erti kata mudah ni, penganggur la. Hihi.. Lepas soping-soping tu tetiba lapo ler pulok, hokaloh. Apa lagik, seperti yang dijanjikan to my anak sedara, tekak ni terasa nak makan k.teaw udang banjir sesangatnya.. kalah orang ngidam oii..

Terus pecut ke D'KING,Sg.Petani.. sedap oih makanan dia. P skali mau p lagik... Aku mintak dia udang laut, besaq betoi udang dia. Memang kenyang dan puaih hati la makan kat situ. Dah la hari tu ada diskaun %, lagi la puaih hati nih... Len kali kena p lagi..
Tengok gambaq ni lelama dan-dan qasa lapaq..nyum3

Wednesday, January 30, 2013

Mutiara Kata



Sunyi

Bismillah..

Sunyi ja malam ni.. nak tidoq tak mengantok plak. Duk layan movie ja dari tadi. Sunyi-sunyi macam ni mula la pikiran ni duk tringat memacam. Hmm.. sepanjang pemergian arwah ayah dan ibu, macam-macam yang aku lalui. Perit, suka, duka.. tak terhitung banyaknya. Aku rasa sunyi, kosong..suara-suara ketawa ayah dan ibu tetap aku ingat. Wajah, senyum, tangisan mereka tetap terpahat dihati. Ya Allah, aku bermohon padaMu agar mereka ditempatkan disisi Mu bersama orang yang beriman. Amin..

Dugaan yang Allah beri dapat aku harungi walaupon kekadang terkandas jugak. Macam orang cakap, Allah beri kita ujian tu mengikut kemampuan dan keupayaan umatNya. Tapi tu semua mendewasakan aku, belajar dari pengalaman la katakan.

Aku bersyukur kerana dikelilingi family yang sayang kat aku ni, walaupon ada sesetengah tu cuba menjatuhkan aku. Aku akan cuba buktikan pada diri aku sendiri dan mereka yang cuba jatuhkan aku yang aku mampu buat dan capai apa yang aku hajatkan atas usaha sendiri. Baru terasa kepuasan sebenarnya..Bukan seperti orang lain menadah tangan untuk kepuasan diri. Berdikari, ya tulah aku sekarang ni. Aku tak punya tempat macam dulu nak meminta duit, makan, pakai dari orang tua ku. Semuanya sendiri, walaupon kekadang aku tak ada duit tapi aku diamkan. Bukan nak tagih simpati tapi aku sedar akan diri.


Sabar dan terus sabar harungi hidup ini...

Sunday, January 27, 2013

Rindu Blog Nih

Assalamualaikum ya habibi ya maulana..

Haiii..lama dah ck tak godek-godek blogss ni. Bersawang bagai dah pa?. 
Maklum lah sejak jadik penganggur terhormat ni, keja makan tidoq makan tidoq ja. Duk bela badan yang semakin membesaq ni. Hari ni tak dak ceqita hot nak ceqita.. saja mengubat rindu pada blog ni ja..sekian tq nah sebab baca post ni walaupon sikit..

Ok bubey.