Friday, December 28, 2012

Post UntUk bOs

Assalamualikum dan salam jumaat..

Hari yang ceria dan cerah, harap-harap malam ni tak hujan no..Nak p date dengan member2 sekolah CK ni kat pesta. Bukan senang nak jumpak camtu selalu kan.. Ok melalut sudah.

Tak lama lagi tahun 2013, lagi 3hari ja weh..pejam celik pejam celik dah sampai hujung tahun. Huhuhu sat ja rasa. Buget 2013 bakal mengubah kehidupan kita, woaahh tak sabaq nih. Gaji minima pon dah naik sampai RM900 tersangatlah hebat. Tapii tak semua yang bernasib termasuk aku. Bos, kalau terbaca entry ni saya mintak maap sesangat na..Bukan niat saya nak kutuk tapi tu hakikat sebenar. (falsafafah la sangat)

Bos...oohh bos, saya ni dah 3tahun bekerja dengan bos. Bukan ramai pon kerani tapi saya sorang jer. Takkan lah nak naikkan gaji setakat RM900 pon tak boleh. Ish3..bos, bos.. Macam mana saya nak tunaikan impian saya tahun 2013 nanti kalau bos tak naikkan gaji saya.Saya ni cukup baik hati tak lapor hal ni dekat mana-mana pihak yang berwajib, kan?. Lagi pon, setakat gaji yang duk ada ni saya tak mampu nak beli barang-barang hebat macam orang lain, selalu cuci mata ja. Siankan saya.. Sebab tulah sekarang ni saya berusaha dengan gigihnya cari kerja lain, tak kira la operater sekali pon.Saya mai kerja pon atas dasar tanggungjawab ja, kalau ikut hati dah lama saya blah dari situ. Maaf ye bos.. Ramai supplier cakap bos kedekut tapi memang betoi pon kedekut. Bawak-bawak insaf la bos.. saya pon dah penat jadi kerani, driver, bibik kat sini. Dah sampai masa saya kluaq dari kepompong ni.. Maafkan saya yer bos. harap bos memahami saya ye. Terima kasih daun keladi, harap2 lepas ni bos tak buat lagik :)

Yang ikhlas, 
Pekerjamu



Oh,bahasaku :) sungguh skema
terima ksih sudi jengah dan baca 

Tuesday, December 18, 2012

Aerobathon Day

Assalamualaikum..

Haaiipp..Jom kita berdansa.Awat CK (singkatan che kembang ye adik-adik) duk gedik-gedik nak berdansa bagai ni.. Ni semua punca si  aerobathon, alah yang adik beradik dengan erobik.. tau tak, tau tak..

Hari ahad lepas 16/12/2012 ha..CK p aerobathon. Walaupon tak berapa qeti sangat nak gedik-gedikkan badan, tapi demi kesihatan CK buat jugak (wah ayat..). Masuk bukan untuk bertanding ye, cuma saja sukak-sukak. Tapi shangat-shangat best dan peserta semua sporting habis..superb mabeles (oh,my english). 

Next time kena join lagi ni, bukan ja badan sihat, minda pon cargas nak pikiaq-pikiaq apa yang dok ada no..
Lepas tengok gambaq ni jangan duk kutuk no, kita insan mana ada yang sempurna..kan..kan


 sebelum start kita pOosing dolu.


 peace Yoo =)






nin dia lagu hindi mari..aauu






  ha..nmpak sangat CK tak pandai nak buat..aaahhh maluuu.. :p






masa tunggu keputusan snap2 the pic dulu



woop habis sudah

wlaupon CK aktif sukan, makan tak jaga, pon tak boleh jugak..
# Peringatan tuk diri, please kawal diri dari makan3.. 


tima kasih sebab sudi jengah dan baca.. muah uollss..

Monday, December 17, 2012

Akad Nikah My Sepupu

Bismillah...

Syukur ke hadrat ilahi, dengan limpah kurnia dan izinnya majlis berjalan dengan lancar selancar-lancarnya.. Alhamdulillah.. Tanggal 15/12/2012 my sepupu, Ani selamat diijabkabulkan dengan pasangannya Zul di kediaman Puchong Perdana. Che kembang doakan moga mereka bahagia dunia akhirat..Amin.. 

Sangat chantek dan beseri-seri dia masa ni..dubdab dubdab tunggu cik abang mai

semasa khutbah

 dinikahkan oleh pakcik saye en.Samsudin


detik-detik selepas selesai akad.. ;(

Antara tetamu yang hadir

 hantaran dari pihak lelaki

 hantaran dari pihak perempuan

 Alhamdulillah selesai :)

Che kembang dan my Mom (m.lang)


*maaf na, kami pakai camera fone je. Sebab tu pic kurang kejelasan disitu.Harap maklom :)



Friday, December 14, 2012

Thursday, October 18, 2012

Perlukah Aku...

Hai bloggers.. 


Hari yang tak berapa ceria bagi aku hari ni.. Aku masih duk pikiaq perlu ka harus ka aku sambung belajar balik ni.. Aku memang teringin nak sambung study tapi disebabkan masalah kewangan (klu dapat biasiswa, OK tapi kalau tak dapat ?? ) dah la tu umoq aku yang sedia duk meningkat ni membantutkan niat aku ja. Kawan aku, "A" suruh aku study balik untuk jaminan hidup aku. Tapi anak sedara aku pulak macam tak bagi ja aku ni sambung belajaq sebab dia kata kalau pon aku belajaq sampai ijazah sekali pon belum tentu aku dapat kerja yang elok. 

Please..please..please aku sudah penin. Adoyaii.. Yang si A pulak cakap study ni menjamin. Lepas habih study cari kerjaya, himpun duit, if berlaku something dalam hidup aku sekurang2nya aku dah ada kerjaya dan duit untuk backup aku balik.Memang betoi apa yang dia cakap, aku tak nafikan..Tapi aku rasa berbelah bagi ja, samada truskan kerja takpon sambung belajaq. hmm.. Apa aku nak buat ni??? Hari2 aku pk hal ni.. masih takdak jawapan yang tepat lagi. Ya Allah, tolonglah hambamu ini. Jika itu yang terbaik untuk aku, maka permudahkanlah perkara itu. Amin... 



Friday, October 12, 2012

Orang Kuning Digi

Bismillah..

Ingat lagi tak iklan "yellow men" tu..alah yang iklan digi tu. 
Nak tau sapa pelakon dia??  Ha klik la SINI
Jangan lupa klik2 na..cuci mata sama

Tuesday, July 31, 2012

Aku Sakit Tekak...Huarghh

Bismillah...


Hai dah lama tak menaip ni. Dugaan dibulan puasa, aku sakit tekak. Nak makan, minum sakit ja rasa, sampaikan nak telan air liur pon perit, cakap lagi lerr. Badan pulak lemah macam nak demam, tapi aku p jugak kerja. Duk rumah pon bukan buat apa. Oh puasa, kenapa dugaan mai bila puasa ni.Macam mana pon aku dah nekad nak habiskan puasa hari ni, sayang tau. Dah setengah hari dah ni, tahan je lah. Masa aku duk search2 che googlE tadi aku dapat petua hilangkan sakit tekak,senang je baca tapi nak lalui tu adoiii..perit2. Makan ais krim vanilla, woOw menarik. Benda dah lama tapi aku baru nak guna petua ni, ketinggalan betoi aku ni. Buka posa ni benda pertama aku nak makan, kurma..lepas tu aku nak hadap ais krim vanilla. Uih xsabaq pulak nak makan ais krim.. Tapi sekarang ni tahan je lah sakit tu..Harap2 esok dah ok sikit. Amin..

Tuesday, July 24, 2012

Aku Memang Tak Puas Hati

Bismillah..

Sekadar Luahan, aku dah tak boleh simpan hal ni sorang2.. Macam berat ja apa yang aku tanggung ni. 
Aku sedaq sapa aku, aku hanya menumpang dirumah orang walaupon dia mak sedara aku sendiri. Tapi jangan la terlampau mengongkong aku, bukan si mak tapi si anak dara dia. Sampaikan aku nak keluar dengan kawan-kawan sekolah pon dia soal macam polis..nak p mana, makan kat mana, dengan sapa..heii sapa dia tu? Tak kan semua kawan-kawan aku, dia nak kenai. Alasan dia bagi, senang jadi pa2 kat aku, dia tau mana nak cari orang tu. Cuba dia pikir, ada ke aku tanya dia cam tu bila dia nak keluar. Dia pon xpenah bagi tau dia p mana dengan jantan mana. Lepas tu, bab aku nak bercouple ni, sampai la aku solo sebab pompuan tu lah. Dia soal habih laki yang aku nak kawan, alih2 dia sapu kat dia. Cam tu ka dia nak jaga aku... Bila aku duk bergayut dengan member pon dia pertikai, tuduh macam2. Ya Allah, sabar ja rasa. Barang yang aku beli pulak bila shoping tak boleh lebih dari dia, aku ingat lagi baru-baru ni. Hal bedak je pon, mula-mula bukan main kutuk lagi aku beli. Alih-Alih dia yang kalut ajak aku beli bedak tu..Baju pon sama, sindir bila aku beli baju baru. Duit aku, suka hati aku la... ada aku kacau duit dia selama ni. Dia yang duk rembat duit aku ada la..Bila la dia nak insaf, dari tipu sana sini.. Aku pon bukan bagus sangat tapi sekurang2nya aku tau lagi ayat "tak menyusahkan orang", "jangan jaga tepi kain orang", " jangan sesekali mintak, usaha dulu".. Sabaq jelah bulan posa ni.. Sudah2la duk buat macam tu. Aku dah penat dengan semua ni.. Redho ja pa dia buat. Allah bersama orang teraniaya. Insyaallah satu hari nanti aku harap dia insaf dari semua yang dia buat bukan saja pada aku tapi pada orang lain sama. Amin...

Friday, July 20, 2012

Ramadhan Dan Aku T_____T


Semua duk ucap salam ramadhan.. che kembang pon sama nak ucapkan salam ramadhan untuk semua blogger2 yang melawat blog che kembang..Esok puasa yeaa2...tapi macam tahun-tahun lepas berpuasa tanpa orang tersayang disis. Ya Allah, tabahkan hatiku. Jeles bila esok semua umat islam berbuka dengan family masing-masing. Aku hanya mampu mendoakan kesejahteraan ibu ayah disana.. Alamak sedey pulak che kembang rasa..huhu.. Orang kata bila bulan puasa orang yang meninggal akan balik untuk lihat anak-anak depa mendoakan dan bersedekah untuk mereka atau tak. Che kembang nak sangat penuhkan bakul mak ayah dengan keikhlasan dan amalan che kembang. Insyaallah...Amin.

Wednesday, July 18, 2012

Wordless Wednesday

Bismillah..

haii rindu ampa semua...sejak2 pakat tukaq status ni semua bz dh.. hope bleh reunion lagi skali lepas ni.

Team Building GPMS Negeri Pulau Pinang

Bismillah...

Hari sabtu lepas, aku telah mengikuti program GPMS Negeri Pulau Pinang ke Hydro Hotel,Penang selama 2h1m.. Tersangat-sangat la best dan meriahnya..Disamping tu kami sempat mengadakan majlis untuk mantan GPMS Negeri Pulau Pinang iaitu kak Nurrulhuda Ghazali. Walaupon majlis diadakan sederhana tapi cukup bermakna untuk beliau..


Sedikit taklimat sebelum Xtiviti bermula


Acara sukan pantai


Bersama tetamu VIP 
sedikit slideshow untuk mantan GPMS Pulau Pinang



hadiah dari kami untuk kak nurrul
che kembang with kak wanie

Perbincangan mengenai next program





gambar kenangan sebahagian team GPMS Negeri Pulau Pinang



Wednesday, July 11, 2012

Wordless Wednesday



senyum sokmo

Aku Suka Dia

Bismillah..


Hai dah macam lagu ainan tasneem dah tajuk entri aku ni. Adakah dia Mr.Right aku? masih menjadi tanda tanya. Selama ni borak macam biasa, tapi sejak akhir2 ni satu ayat pon kami xleh ungkap bila jumpa. Pipi aku rasa merah macam pakai blusher walaupon aku xpenah pakai benda alah tu. Maluu la sangat.. Orang kata malu tapi mau.Bila keluar ramai2 dapat tengok pon jadilah..sama2 jeling U..Apa tandanya?? Sekarang dia dah balik KL, rasa rindu pulak nak tunggu dia balik sini. Ish, aku ni dah macam angau teruk je. Macam bertepuk sebelah tangan pulak, tapi yang pasti aku dah suka dia. Suka ye bukan cinta..Sabaqlah Che Kembang ooiii, don't be so kalut. Kalau dia jodoh yang ditetapkan Allah s.w.t..Insyaallah pasti jadi. Amin.. 

mood: angau tahap gaban (-,-) 

Tuesday, July 10, 2012

I Won't Give Up

Bismillah..


Halwa telinga petang2 sambil tunggu masa nak balik keja..bestnyaa =) jatuh cinta aku dengar lagu ni. 

Mutiara Kata 3

Bismillah...


Aku tidak mengamati semua sahabat, dan tidak menemui sahabat yang lebih baik dari menjaga lidah.
Aku memikirkan tentang semua pakaian, tetapi tidak menemui pakaian yang lebih baik daripada takwa.
Aku mencari segala bentuk rezeki, tapi tidak menemui rezeki yang lebih baik daripada sabar.
Aku merenungkan tentang segala jenis amal baik, namun tidak mendapatkan yang lebih baik daripada memberi nasihat baik.

-Khalifah 'Umar Al-Khattab

Friday, July 6, 2012

Mutiara Kata 2

Bismillah..






Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:

" Berbahagialah hidup di dunia bagi orang yang mengumpul kebajikan untuk bekalan hari akhirat, sehingga dia memperoleh redha Tuhannya. Dan celakalah hidup di dunia bagi orang yang dipengaruhi oleh dunia, hingga dia terhalang daripada(mengerjakan) amalan untuk akhiratnya, dan lalai untuk memperoleh reda Tuhannya".

Hadis riwayat al-Hakim