Wednesday, January 30, 2013

Sunyi

Bismillah..

Sunyi ja malam ni.. nak tidoq tak mengantok plak. Duk layan movie ja dari tadi. Sunyi-sunyi macam ni mula la pikiran ni duk tringat memacam. Hmm.. sepanjang pemergian arwah ayah dan ibu, macam-macam yang aku lalui. Perit, suka, duka.. tak terhitung banyaknya. Aku rasa sunyi, kosong..suara-suara ketawa ayah dan ibu tetap aku ingat. Wajah, senyum, tangisan mereka tetap terpahat dihati. Ya Allah, aku bermohon padaMu agar mereka ditempatkan disisi Mu bersama orang yang beriman. Amin..

Dugaan yang Allah beri dapat aku harungi walaupon kekadang terkandas jugak. Macam orang cakap, Allah beri kita ujian tu mengikut kemampuan dan keupayaan umatNya. Tapi tu semua mendewasakan aku, belajar dari pengalaman la katakan.

Aku bersyukur kerana dikelilingi family yang sayang kat aku ni, walaupon ada sesetengah tu cuba menjatuhkan aku. Aku akan cuba buktikan pada diri aku sendiri dan mereka yang cuba jatuhkan aku yang aku mampu buat dan capai apa yang aku hajatkan atas usaha sendiri. Baru terasa kepuasan sebenarnya..Bukan seperti orang lain menadah tangan untuk kepuasan diri. Berdikari, ya tulah aku sekarang ni. Aku tak punya tempat macam dulu nak meminta duit, makan, pakai dari orang tua ku. Semuanya sendiri, walaupon kekadang aku tak ada duit tapi aku diamkan. Bukan nak tagih simpati tapi aku sedar akan diri.


Sabar dan terus sabar harungi hidup ini...

No comments: