Wednesday, January 30, 2013

Mutiara Kata



Sunyi

Bismillah..

Sunyi ja malam ni.. nak tidoq tak mengantok plak. Duk layan movie ja dari tadi. Sunyi-sunyi macam ni mula la pikiran ni duk tringat memacam. Hmm.. sepanjang pemergian arwah ayah dan ibu, macam-macam yang aku lalui. Perit, suka, duka.. tak terhitung banyaknya. Aku rasa sunyi, kosong..suara-suara ketawa ayah dan ibu tetap aku ingat. Wajah, senyum, tangisan mereka tetap terpahat dihati. Ya Allah, aku bermohon padaMu agar mereka ditempatkan disisi Mu bersama orang yang beriman. Amin..

Dugaan yang Allah beri dapat aku harungi walaupon kekadang terkandas jugak. Macam orang cakap, Allah beri kita ujian tu mengikut kemampuan dan keupayaan umatNya. Tapi tu semua mendewasakan aku, belajar dari pengalaman la katakan.

Aku bersyukur kerana dikelilingi family yang sayang kat aku ni, walaupon ada sesetengah tu cuba menjatuhkan aku. Aku akan cuba buktikan pada diri aku sendiri dan mereka yang cuba jatuhkan aku yang aku mampu buat dan capai apa yang aku hajatkan atas usaha sendiri. Baru terasa kepuasan sebenarnya..Bukan seperti orang lain menadah tangan untuk kepuasan diri. Berdikari, ya tulah aku sekarang ni. Aku tak punya tempat macam dulu nak meminta duit, makan, pakai dari orang tua ku. Semuanya sendiri, walaupon kekadang aku tak ada duit tapi aku diamkan. Bukan nak tagih simpati tapi aku sedar akan diri.


Sabar dan terus sabar harungi hidup ini...

Sunday, January 27, 2013

Rindu Blog Nih

Assalamualaikum ya habibi ya maulana..

Haiii..lama dah ck tak godek-godek blogss ni. Bersawang bagai dah pa?. 
Maklum lah sejak jadik penganggur terhormat ni, keja makan tidoq makan tidoq ja. Duk bela badan yang semakin membesaq ni. Hari ni tak dak ceqita hot nak ceqita.. saja mengubat rindu pada blog ni ja..sekian tq nah sebab baca post ni walaupon sikit..

Ok bubey.

Friday, January 11, 2013

My Last Day, Oh Opisku ;(

Assalamualaikum ya habibi ya maulana...

Jumaat, 11/01/2013   5.35ptg
Last day kerja kat cini.. selama 3tahun kerja macam-macam pengalaman duk ada. Yang best, yang tak best, yang keluaq air mata...putus cinta Oooppss ada ke? haha... Simpan dalam poket la hat tu. Benda dah lepas, abaikan. 

Sedey plak rasa nak tinggai tempat ni, walaupon kerja sesorang tapi ok je kerja tak banyak.. Selama kerja sini dah macam-macam kerja aku buat, orang gaji, runner, amik anak bos balik sekolah, jaga site.. ha semua boleh. Bukan senang nak timba pengalaman emas tu. Nampak perkataan tu EMAS. Dasyat kan..

Apapon terima kasih bos, sebab selama saya kerja sini bos tak pernah marah saya langsung. WoW, bos seorang yang baik cuma kede la skit. huh.. 


Nak letak gambaq opis lah...rindu-rindu boleh gak tengok. :)
 Opis bOs



 Ouh tempatku ;(
*Ppsss....abaikan hat semak-semak tu


tengok ni, orang bela ikan aku bela moto 


Dalam kenangan la lepas nih, tak pa doakan yang terbaik.
Nak capai matlamat kat wishlist tu. In shaa Allah boleh :)

terima kasih sudi jengah dan baca :)

10 Sebab Doa Tidak Diterima

Assalamualaikum ya habibi ya maulana...salam jumaat



Tahu tak terdapat 10 sebab mengapa doa kita tidak diterima Allah s.w.t, sedangkan setiap hari kita berdoa memohon kepada yang Esa.

Dalam sebuah kisah, pada suatu hari ada seorang ahli sufi yang mahsyur bernama Ibrahim Adham pernah ditanya oleh orang ramai ketika beliau berada di pasar Basrah,Iraq.

"Mengapa doa kami tidak dimakbulakan Allah s.w.t, padahal kami selalu berdoa".

maka Ibrahim Adham menjawab"Doa tidak dikabulkan kerana hati kamu telah buta (mati)."

Lalu ditanya lagi, "Apa yang boleh mematikan hati", 

beliau menjawab, "ada 10 perkara, iaitu"

  1. Kamu mengenali Allah S.W.T tetapi kamu tidak menunaikan hak-Nya
  2. Kamu membaca al-quran tetapi kamu tidak berusaha beramal dengannya.
  3. Kamu sangka kamu cintakan Rasulullah S.A.W tetapi kamu tinggalkan sunnahnya.
  4. Kamu mengecapi nikmat Allah S.W.T tetapi kamu tidak bersyukur kepada-Nya.
  5. Kamu mengaku syaitan itu musuh kamu tetapi kamu tidak menentangnya.
  6. Kamu mengaku adanya syurga tetapi kamu tidak beramal untuknya.
  7. Kamu mengaku nereka itu benar tetapi kamu tidak menghindari darinya.
  8. Kamu mengaku mati itu benar tetapi kamu tidak bersedia menghadapinya.
  9. Kamu sibuk mencari dan memikirkan kesalahan orang lain, tetapi kamu lupakan keaiban kamu sendiri.
  10. Kamu kebumikan jenazah sedaramu tetapi kamu tidak mengambil iktibar darinya.




trima ksih sudi baca n singgah :)
yang baik datangnya dari Allah, yang buruk dari kita sendiri.
renung2kan..

Thursday, January 10, 2013

Adab Ketika Azan

Assalamualaikum ya habibi ya maulana...

Azan, simbolik bagi kita umat Islam dalam menandakan masuknya waktu solat 5 waktu. Tapi tahukah kita adab-adab ketika mendengar azan. Mungkin ramai yang sudah lupa dan amik mudah akan adab-adab ketika mendengar azan. Seringkali dilihat ketika bilal melaungkan azan, kita masih alpha untuk menyahut panggilan azan. Jadi bawah ni saya selitkan adab ketika azan untuk memperingati diri ini dan semua yang baca ntry ni.

Adab - Adab ketika mendengar azan.

Masa dilaungkan azan, janganlah kita bercakap-cakap, apatah lagi bergurau senda dan bergelak ketawa, gosip-gosip pon tak boleh na..


  • Ini kerana diriwayatkan sebuah hadis yang bermaksud: " Hendaklah kamu mendiamkan diri ketika azan, jika tidak Allah akan kelukan lidahnya ketika maut menghampiri". 

Semasa azan dilaungkan, tutuplah kesemua radio atau tv, tak pon tekan MUTE ja senang. Hiburan tu duniawi aje..Amal kekal abadi..ingat tu. 

Masa azan dilaungkan, jawablah seperti yang diajarkan Islam. Kalau lupa boleh baca bawah ni. 
Apabila kita mendengar muazzin melaungkan: 
  • Allahu akhbar : maka kita kena jawab "Allahu akhbar" 
  • Asyhaduallah ilaaha illallah : maka jawabnya " Asyhaduallah ilaaha illallah" 
  • Asyhaduanna muhammadar rasulullah : maka jawabnya " asyhaduanna muhammadar rasulullah"
  • Hayya'alassolah : maka jawabnya " laahaulawala quwwata illabillahil'aliyyil'aziim"
  • Hayya'alalfalah : jawablah " Laahaulawala quwwata illabillahil'aliyyil'aziim"
  • Laailaha illallah : maka kita jawab "Laailaha illallah"


Apabila mendengar azan, maka segeralah kita menunaikan solat. Jangan nak habih waktu baru kalut nak solat.. tak mou lagu tu tak mou na...Ingat ni "sembahyanglah kamu sebelum kamu disembahyangkan ".





Moga-moga panduan ini dapat memberi syafaat untuk kita.Amin...
tima ksih sudi singgah n baca :)

Tuesday, January 8, 2013

Batuk Vs Lembu

Assalamualaikum ya bloggers sekalian..

Apa habaq? sihat ka? tu diiaa tajuk gempak ja batuk vs lembu. Ada kaitan ka, haha... Ada kot sikit-sikit. Kami ni tak sihat, memula tu bengkak gusi. Sakit dia, Allah ja yang tau. Pipi plak dah jadi macam cucoq bom tu..Ada ka cucoq tu? Orang utara tau kot no cucoq tu. Sangat tak cumil ye.

 Sakit bengkak tu sampai tak boleh makan, lepas amik ubat kurang sikit tapi batuk pulak. Dah ler musim rambutan ni, terpaksalah menahan gelora jiwa raga batinku dari makan buah rambutan. Tapi hari tu dek tak tahan aku hentam jugak makan rambutan, sekarang ni padan muka batuk lagik teruk. 

Sampai ada orang tegur, depa kata depa yang kata na "teruknya batuk, bunyik macam lembu ja".. Haik, pelik-pelik depa penah dengar lembu batuk ka? hikhik Aku sendiri pon tak penah dengar, tak boleh jadi ni kena buat research kat pokcik GooglE pasai hal ni..

Adoyai sakit tekak sebab batuk. Degil tak mo amik ubat, tanggung la sendiri sakit tu.Tapi tu satu nikmat jugak, mana kita boleh mengeluh. Bak kata orang sakit ni menghapuskan dosa kecil kita. So bersyukur la diberi dugaan sekecil ni.. Betoi dak? Kena pantang sat, demi kesihatan. :)




Sekian, celoteh merapuku :)
Tima kasih sudi baca dan singgah.

Wednesday, January 2, 2013

PesTa PenaNg 2012

Assalamualaikum ya habibi ya maulana...

Selamat tahun baru, wajah baru, azam baru..semua serba-serbi barulah.. 
28/12/2012 Ck & the geng p pesta.. Sangat best, meriah dan superb..woah tak tergambaq macam gambaq bawah ni.. hihi.. layan sat na

tu dia orang..ramai nu

 p mini i-city pon ok what?

 cun tak kami?



 my superb n sweeeeet prend



tahun ni kita pulun hat ni pulak no kengkawan :)


  • terima kasih sudi jengah dan baca :)