Tuesday, January 8, 2013

Batuk Vs Lembu

Assalamualaikum ya bloggers sekalian..

Apa habaq? sihat ka? tu diiaa tajuk gempak ja batuk vs lembu. Ada kaitan ka, haha... Ada kot sikit-sikit. Kami ni tak sihat, memula tu bengkak gusi. Sakit dia, Allah ja yang tau. Pipi plak dah jadi macam cucoq bom tu..Ada ka cucoq tu? Orang utara tau kot no cucoq tu. Sangat tak cumil ye.

 Sakit bengkak tu sampai tak boleh makan, lepas amik ubat kurang sikit tapi batuk pulak. Dah ler musim rambutan ni, terpaksalah menahan gelora jiwa raga batinku dari makan buah rambutan. Tapi hari tu dek tak tahan aku hentam jugak makan rambutan, sekarang ni padan muka batuk lagik teruk. 

Sampai ada orang tegur, depa kata depa yang kata na "teruknya batuk, bunyik macam lembu ja".. Haik, pelik-pelik depa penah dengar lembu batuk ka? hikhik Aku sendiri pon tak penah dengar, tak boleh jadi ni kena buat research kat pokcik GooglE pasai hal ni..

Adoyai sakit tekak sebab batuk. Degil tak mo amik ubat, tanggung la sendiri sakit tu.Tapi tu satu nikmat jugak, mana kita boleh mengeluh. Bak kata orang sakit ni menghapuskan dosa kecil kita. So bersyukur la diberi dugaan sekecil ni.. Betoi dak? Kena pantang sat, demi kesihatan. :)




Sekian, celoteh merapuku :)
Tima kasih sudi baca dan singgah.

2 comments:

-cinta soFiaSafiya- said...

hahahaha lajuja kaloNg nak baca bATOK n lembu...ekekekekek

ingt lembu batok ka hapa...owh rupanya bunyik tuh.....

minum ayaq suam bg banyak...... ayaq takda lam badan laah tuh..hidrate

Mashitah Yusoff said...

hihi..kasi gempak sikit tajuk tu... xlarat minum ayaq dh ni, sampai kembong peot