Assalamualaikum ya habibi ya maulana...salam jumaat
Tahu tak terdapat 10 sebab mengapa doa kita tidak diterima Allah s.w.t, sedangkan setiap hari kita berdoa memohon kepada yang Esa.
Dalam sebuah kisah, pada suatu hari ada seorang ahli sufi yang mahsyur bernama Ibrahim Adham pernah ditanya oleh orang ramai ketika beliau berada di pasar Basrah,Iraq.
"Mengapa doa kami tidak dimakbulakan Allah s.w.t, padahal kami selalu berdoa".
maka Ibrahim Adham menjawab"Doa tidak dikabulkan kerana hati kamu telah buta (mati)."
Lalu ditanya lagi, "Apa yang boleh mematikan hati",
beliau menjawab, "ada 10 perkara, iaitu"
- Kamu mengenali Allah S.W.T tetapi kamu tidak menunaikan hak-Nya
- Kamu membaca al-quran tetapi kamu tidak berusaha beramal dengannya.
- Kamu sangka kamu cintakan Rasulullah S.A.W tetapi kamu tinggalkan sunnahnya.
- Kamu mengecapi nikmat Allah S.W.T tetapi kamu tidak bersyukur kepada-Nya.
- Kamu mengaku syaitan itu musuh kamu tetapi kamu tidak menentangnya.
- Kamu mengaku adanya syurga tetapi kamu tidak beramal untuknya.
- Kamu mengaku nereka itu benar tetapi kamu tidak menghindari darinya.
- Kamu mengaku mati itu benar tetapi kamu tidak bersedia menghadapinya.
- Kamu sibuk mencari dan memikirkan kesalahan orang lain, tetapi kamu lupakan keaiban kamu sendiri.
- Kamu kebumikan jenazah sedaramu tetapi kamu tidak mengambil iktibar darinya.
trima ksih sudi baca n singgah :)
yang baik datangnya dari Allah, yang buruk dari kita sendiri.
renung2kan..
No comments:
Post a Comment