Thursday, July 5, 2012

Empat Tips Sabar

Bismillah..




Islam menggalakkan umatnya sentiasa bersabar kerana sabar adalah kunci untuk kejayaan. Dengan bersabar, apa jua cabaran yang mendatang akan dapat diatasi. Ada empat amalan sabar daripada Rasulullah S.A.W yang dapat dijadikan contoh dan ikutan untuk kita.

  1. Sabar menanggung ujian. Terdapat pelbagai ujian yang silih berganti menimpa orang mukmin. Jika mukmin itu bersabar menghadapi musibah dan tawakal, pasti Allah akan membuka jalannya. Orang yang sabar mengharungi ujian akan memperoleh pahala yang besar.
  2. Sabar dalam melaksanakan kewajipan. Antaranya solat lima waktu, membayar zakat, berpuasa dan sebagainya. Bagi mukmin yang sabar, betapa berat pon kewajipan itu, ia tetap dilaksanakan dengan hati yang ikhlas untuk mendapat keredhaan Allah s.w.t.
  3. Sabar menahan kezaliman orang terhadap diri. Terdapat banyak kezaliman yang dikenakan ke atas orang-orang mukmin yang ingin menegakkan keadilan dan kebenaran.  Tetapi bagi mukmin yang sabar ketika menangani kezaliman tersebut, pasti dia akan termasuk dikalangan orang-orang yang dicintai oleh Allah.
  4. Sabar menanggung kemiskinan dan kepapaan. Orang yang tidak sanggup menahan sabar boleh menjurus kepada mengambil jalan mudah seperti merompak, mencuri, memeras ugut, menipu dan sebagainya. Sebaliknya, mukmin yang sabar manghadapi kemiskinan dangan cara qanaah (cukup) dangan pemberian daripada Allah akan sentiasa dilimpahi keredaan dari-Nya.

No comments: