Assalamualaikum ya habibi ya maulana...
Azan, simbolik bagi kita umat Islam dalam menandakan masuknya waktu solat 5 waktu. Tapi tahukah kita adab-adab ketika mendengar azan. Mungkin ramai yang sudah lupa dan amik mudah akan adab-adab ketika mendengar azan. Seringkali dilihat ketika bilal melaungkan azan, kita masih alpha untuk menyahut panggilan azan. Jadi bawah ni saya selitkan adab ketika azan untuk memperingati diri ini dan semua yang baca ntry ni.
Adab - Adab ketika mendengar azan.
Masa dilaungkan azan, janganlah kita bercakap-cakap, apatah lagi bergurau senda dan bergelak ketawa, gosip-gosip pon tak boleh na..
- Ini kerana diriwayatkan sebuah hadis yang bermaksud: " Hendaklah kamu mendiamkan diri ketika azan, jika tidak Allah akan kelukan lidahnya ketika maut menghampiri".
Semasa azan dilaungkan, tutuplah kesemua radio atau tv, tak pon tekan MUTE ja senang. Hiburan tu duniawi aje..Amal kekal abadi..ingat tu.
Masa azan dilaungkan, jawablah seperti yang diajarkan Islam. Kalau lupa boleh baca bawah ni.
Apabila kita mendengar muazzin melaungkan:
- Allahu akhbar : maka kita kena jawab "Allahu akhbar"
- Asyhaduallah ilaaha illallah : maka jawabnya " Asyhaduallah ilaaha illallah"
- Asyhaduanna muhammadar rasulullah : maka jawabnya " asyhaduanna muhammadar rasulullah"
- Hayya'alassolah : maka jawabnya " laahaulawala quwwata illabillahil'aliyyil'aziim"
- Hayya'alalfalah : jawablah " Laahaulawala quwwata illabillahil'aliyyil'aziim"
- Laailaha illallah : maka kita jawab "Laailaha illallah"
Apabila mendengar azan, maka segeralah kita menunaikan solat. Jangan nak habih waktu baru kalut nak solat.. tak mou lagu tu tak mou na...Ingat ni "sembahyanglah kamu sebelum kamu disembahyangkan ".
Moga-moga panduan ini dapat memberi syafaat untuk kita.Amin...
tima ksih sudi singgah n baca :)
3 comments:
Terima kasih sebab share..peringatan yang bagus..kdg2 kita lalai dlm dunia kan...
sama2 :)
bagus entry cmni... saling mengingati :)
Post a Comment